Mungkin kita pernah terbaca dengan
beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di
wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen,
yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik
gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar
dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa
niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan
gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri
kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan
umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um
Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad
bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila
berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
"
Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni
kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara
terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang
melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya,
namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai
polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam
dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap
sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal
mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut
dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus
melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan
tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan
lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong
dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat
seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi
maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya
dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita
jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan
yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula
disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur
ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta
diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang
dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia
berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang
ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa
nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada
umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri
anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu
tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi,
janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu
dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal
hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut
kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila
suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa
yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan
seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun.
Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum.
Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya
dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa
kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini
bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat
tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat
sebelum terlambat!
No comments:
Post a Comment