Seorang lelaki British datang kepada seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tak dibenarkan berjabat tangan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata, “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing"
Setiap persoalan yang membolehkan kita pening nak menjawab macam mana, sangat sesuai kita gunakan perbezaan atau perbandingan yang terdekat untuk menjawab persoalan cepumas tu. Macam contoh dekat atas, mau kita jawab sebab haram, memang dia tanya balik la kenapa pulak haram? apa benda tu haram dan 101 lagi persoalan lain.
Jadi, bila kita gunakan perbandingan yang orang bukan islam tu boleh faham, dengan mudah dia akan faham message yang akan kita sampaikan. Ye tak? ;)
No comments:
Post a Comment