Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?
Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan
anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda
dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita
Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati
wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini.
Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda
yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.
Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi
memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi
sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap
wanita.
Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga,
sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum
lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.
Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi
mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi
hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.
Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin
dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian
yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum
lelaki.
Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak
kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian
ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu
berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti
senyuman ala kadar dan cukup syarat.
Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana
wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat
memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah
‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang
lelaki.
Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi
“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.
2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.
3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.
Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.
Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit
dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai
mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar
self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di
mana pasangan anda berasa dihargai.
Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab
lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh
memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.
No comments:
Post a Comment