Inilah
yang dikatakan realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki
akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap
dan berangan-angan kosong tidak tentu hala.
Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda.
Jika
anda hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, topik ini
mungkin boleh memberi anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta
dari seorang lelaki. Jom kita Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak
Tertarik Pada Diri Anda.
Kurang Keyakinan Diri
Lelaki
adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat
dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa
perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia,
dia tidak tahu anda berminat pada dia.
Disebabkan
malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra
kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda
Anda Tidak Cool
Cepat
marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut
untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan
wanita yang penuh dengan sikap di atas.
Anda
perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan
dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan
lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda.
Penampilan Diri Yang Tidak Menarik
Lelaki
selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan
dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya
berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang
menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga
pemakaian anda supaya sentiasa menarik.
Jika
anda sudah memahami sebab-sebab yang dinyatakan di atas, jangan
ragu-ragu untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan
melayani dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain.
“Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukannya seekor”
No comments:
Post a Comment