Sebab Taknak Tuka SIM

assalamualikum :*
peace yoo (Y)

22/12/2012
yahoo ~ happy nya . dia text dengn kita . hihihi . daus daus . apa pun tak boleh ^^ btw daus suruh kita tuka number handphone tapi kita tak nak sebab kita sayang dengn number itu :'( 
SEBAB KENAPA TAK NAK TUKA SIM BARU

1. Sim kesayangan naniy .
2. Dia mana sim itu di situ naniy .
3. Orang lain tak tahu naniy guna sim itu , hanya orang yang tentu je tahu yang naniy guna sim itu .
4. Kalau naniy rindu MF naniy , mula lah naniy cakp sorang sorang dengn sim itu .
5. Kenangan :) bersama MF naniy .
6. Kawan amek sim daus and sejak itu naniy tahu yang daus sayang naniy .
7. Sim itu free coll and message tapi ada waktu lah ;)
8. Number sim itu cantik :P
9. Itu sim lama daus so naniy sayang :*
10. Sim ini selalu banyak kerdit and bonus :P
11. NANIY Sayang DAUS and SIM .
12. Sayang sim daus macm mana naniy sayang daus !
13. Number itu atas nama and IC daus so sayang lah .
14. Number istimewa bagi kita .
15. Number yang buat naniy semangat bila dia disisi naniy .

THE AND
:D
pelik kan naniy :')
seriuos ! naniy tak nak tuka num !   

Happy sngt with family MF :*

Muhammad Firdaus



Amira Ira


Kak Lyn & Abang Azwan

<3

Assalammualaikum ? full ~ ! baru dapt update blog :) btw kita nak certa sikit kesah kita otw pergi perak , otw pergi pangkor , otw and otw laa . al - kesah ! HUHUHU' okay okay 8-10 / 12 pertama sekali kita nak cakp thankyouu to my dad and mam sebb lepaskan kita pergi pangkor and sunway :) btw petang akak , abng and anak buah MF pergi rumh kita , nak mintak kebenaran bukn nak masok meminang tau . HAHA' korang nak tahu time tou kita rasa takt sngt ! sngt takt ^^v btw time tou pk "apa nak jadi , jadi laa" tou jee dalm pkran btw dha cakp cakp and dha restu and bagai and mula laa my mam bagi kita pergi and malm tou jugak kitorng kena bertolak tapi malm tou gak ayah tak tahu and ayah dha balik tou mama terus cakp and kita berlari masok dalam bilik . maklum laa takt :D ayah gn mama dha borak borak tou adeq twin kita mula sebok and mula laa api api kan ayah tapi :) allahamdulillah :) bagi jugak surah kita pergi kan :) hihi . and malm tou gak kaq lynn . abng wan , yaa and ticha pown datng rumh . wow ! hihi . btw dha borang borang and bagai bagai tou mula laa kita berangkat pergi perak :D otw dha terus otw tapi kitorng singah makn malm luu dha makn kitorng pown terus bertolak and time bertolak tou :) HAHAHAHAHA' korng nak tahu apa yang terjadi ? baca ! kerta mula buad hal :') 1jam kitong tngu lori ke apa tou . entah . tak engt apa nma tou :) hihi . btw lama oi kitorng dalm kerta nak tngu ayah abng wan smpai and bagai laa . full ~ lama ~ ! dha 1jam tou lori and ayah abng wan pown smpai and kitong bertolak pergi kmpng abng wan :) btw senng hati bila dha smpai rumh . smpai smpai jee kita pown rasa susah hati sebb tidur tak selesa btw kita selesa kan . HAHAH ! btw yaa kata kita tidur bercakap ? OMG ! yeke ? tipuu ! btw mulaa :P 36% kita tidur btw itu laa naniy :) tidur mesti bagi runga besar dan ke esok kan pagi tou . mula laa certa sal kita bercakp time idur . hahaha :) and pagi tou gak akaq degn abng pergi tngok kerta and beli mam and bape jam entah kitorng stayy dok kat rumh sebb akaq degn abang cari kerta and allahamdulillah . dapt gak merasai holiday dekt pangkor ya happy sngt time tou btw akaq ct tak pergi tapi yang pergi abng F ? F apa tah nama . lupa :) hihihi . btw happy sngt :) and dha bape minat and jam tou kitorng pown mula laa smpai di pangkor and sampai sampai tou . rehat luu dah rehat pergi mandi dekt pantai :0 wow ! happy . tapi abg F tou dia taknak mandi and apa lagi kitong , mula laa tarik dia beramai ramai . hahaah . happy ! happy ! and mula laa kitorng tanam orng . haha . dha bape jam mandi dekt pandai kitaorg mula laa balik . mandi mandi . woi ! lama kitorng mandi . kita gn yaa , jgn cakp laa . berjam jam . hahaha . nak tahu tak ? malm tou gak kiong beli jagong nad makn laa tapi yang pelik tou abng wan , abng F and yaa sakit perot tapi why ? kita gn akak tak yee ? ahh . tak tahu tak tahu ^^v btw ke esok kan hari tou kitong siap siap nak pergi jaln and tangkap gmbr :) wow . btw dha siap semua and pukol 12 macm tou kitorng pown mula laa bertolak balik kee klang . wauu ~ ! bnyak cabaran yang kitorng lalui . pergi sana sini laa . btw happy sudh . sudh smpai ke kland and ke esok kan hari nya 11 / 12 . kitong otw nak pergi sunway :) jyeah ! happy ! btw sebelum jaln . kemas rumh and bagai bagai laa . dha semua siap mula laa kitong anta ticha dekt rumh kakak and otw pergi rumh nenek amek MF :D happy ! hahaha . dha tou dalm kerta smpat jugak bergaduh kitorng dalm kerta . hahaha . btw happy sngt ! and abng wan cari taya nak tuka taya . and semua dha selesai kitorng pown mula otw pergi sunway :) dalm kerta Mf berlagu and lagu tou dia perli kita . su fa fa , su fa full ! ee . geram ! hihi . btw dha smpai tou kitong mula cari temat and tuka baju and bagai laa :) btw kitorng pown mula mandi dha mandi tou kia gn MF laa :p haha . akaq abng ga yaa degn pelampong tou :) btw best laa ! btw kita degn MF kita dekt jaoh sebb nak pergi kolam yang dalm and MF laa yang doong kita . hihi . dha dokong tou , yang paling kita benci tou dia betool kan rambut dia tou . kita ada cakp "ee . rambut jee kan" and dia cakp "memeyh laa . naty naniy tak terpikat degn daus" waa mampu tersemyum and cubit dia :) hehe . btw best laa ! hihihi . akaq abng wa gn yaa berlajar timbang kan badan :) and kitorng pown maen bola and bagai laa and dha abis mandi tou kitong mula jaln jaln dekt sunway tou and best laa masok rumh hantu . aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kita pelok MF kita sekuat hati kita kerana kita takut sngt . ya degn abg waa . hahaha . abng waa degn daus elex jee kan tapi kita gn yaa . ketakutan . hahaha . yaa sempat lagi pukol abng wan . haha . lawak laa time tou bila tngok yaa . hahaha . tapi syg takdaa akaq join sekati time tou :'( hmm ~ btw kitorng ada maen yang tingi tou . apa tah nama tou :) hihihi . wowow ! tngi weyh ! btw best ! hahaha . dha abis semua tou kitorng own mula otw nak tngok wayang sunway tou :) btw time tou gak MF kita merajok degn kita ! ee . geram nya kita degn dia . ya allah ! susah gila laa pujok dia . eee ! hahaha . btw nasib 10mint jee merajok :) btw dha semua abis maen tou kitorng pown mula tuka baju and siap otw nak baik btw time laa kerta tou MF gila laa ! gila sngt :P nak tahu ? mana leh tahu :P rasia ! hihihi . btw sayang dia sngt sngt btw maaf sebb gigit tngn dia and badan dia abis calar and muka pown sama :'( btw IMYSM ! btw smpai sini saja laa yang mampu kita update btw thankyouu KAKAK LYNN , ABNG WAN , ABNG F , ADEQ YAA and MF <3 :* Rindu korang semua ! tapi tapi kita rinduuu mama MF gak :'( ILYSM ! apa apa pown awak sayang awak ! :'( :'( bye bye bye ! :'( :* MF !


ILYSM
Muhammad Firdaus
Nur Syahzanani

Bercinta Selepas Nikah

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..
Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

# terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???

Allahurabbi ~ sedihnya bila membaca situasi ini .. buat renungan kita bersama ... :'(

Jangan lupa LIKE & SHARE.. :'(

Isu Cinta - Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Inilah yang dikatakan realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap dan berangan-angan kosong tidak tentu hala.
Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda.
Jika anda hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, topik ini mungkin boleh memberi anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta dari seorang lelaki. Jom kita Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda.

Kurang Keyakinan Diri

Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia, dia tidak tahu anda berminat pada dia.
Disebabkan malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda

Anda Tidak Cool

Cepat marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang penuh dengan sikap di atas.
Anda perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda.

Penampilan Diri Yang Tidak Menarik

Lelaki selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga pemakaian anda supaya sentiasa menarik.
Jika anda sudah memahami sebab-sebab yang dinyatakan di atas, jangan ragu-ragu untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan melayani dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain.
“Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukannya seekor”

Antara 3 Jenis Jodoh Pertemuan

Dalam hidup ini terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan, antaranya



Jodoh dari Syaitan

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh dari Jin

Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh dari Allah SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

KALAU JODOH TAK KE MANA

Koleksi Kenapa Lelaki Curang ?


Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:


1. Merasakan dirinya terlalu hensem.

Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.


2. Terlalu ego dengan perasaannya


Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.

Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.


4. Belum bersedia untuk setia.

Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.

Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.

6 Ciri - Ciri Perempuan PLAYGIRL !


Korang pernah mendegar istilah “Playgirl” ? Jom kenali 6 ciri-ciri playgirl…



1. Menyembunyi Kisah One Night Stand
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. ” One night stand ” tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang… untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu…



2. Seringkali tukar ” In relationship ” status di Facebook
Bermula dari ” single “, ” In a relationship “, kemudian ke ” It’s complicated “. Ini cukup memadai dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki… she’s a jerk.



3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3… Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*amp;%_$.



4. Mudah Memberi Nombor Telefon
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.



5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada ” Kita dah takde pape hubungan “. Memang sah! dia playgirl.



6. Kemesraan

Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.

Antara Sebab Kenapa Perlu Kahwin Muda

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.


 Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!


Antara sebab kenapa perlu kahwin muda


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T



9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh


Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..


11.Dapat menantu perempuan cepat.

Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita..




Ruang Dosa Di Facebook


Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!

Surat Untuk Awak

naniyfirdaus

naniysaebah


Assalamualaikum w.b.t.
Awak,
Waktu kecik-kecik dulu, mak ayah kita mesti suruh kita belajar silat, taekwondo, senang kata 'martial arts' kan?? Bila kita tanya kenapa, mesti mereka jawab nanti kalau ada orang jahat, boleh kalahkan orang jahat. Kita pun mulalah berangan kita jadi 'power rangers', 'powerpuff girl' dan sebagainya. Mulalah pasang impian nak jadi superhero, nak kalahkkan orang jahat. Bila cikgu tanya, "besar nanti nak jadi apa?" Terus jawab dengan penuh semangat, "Saya nak jadi superman!!"
Tetapi bila umur dah semakin bertambah, tiba-tiba kita rasa macam 'no point' belajar segala macam 'martial arts' itu. Sebab sekarang semakin canggih. Orang jahat bawak M16. Barulah kita nak bukak langkah silat, orang jahat angkat je M16, terus kita bukak langkah seribu. Macam kita belajar 'martial arts' itu saja-saja nak buang duit mak ayah. Rasa tak macam tu??
Awak, zaman sekarang ni bukan kehebatan kita dalam 'martial arts' yang dipandang. Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu tu yang paling penting. Mesti awak tertanya-tanya apa kaitan 'martial arts' dengan iman, nafsu ni semua. Mesti awak kata orang yang tengah tulis surat ni dah senget. huhu~
Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat, senang sangat kita nak terjebak dengan benda merepek-repek itu. Cuba bayangkan, kalau orang itu iman dia macam biskut, mesti dia senang sangat nak jadi jahat. Sebab itu kita kena pelihara iman kita.
Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. Cuba tengok sahabat--sahabat Rasulullah SAW. Hubungan mereka sangat kuat kepada Allah. Jika sebelum islam mereka menentang Rasulullah, tetapi setelah mereka memeluk islam kerana mencari redha Allah, mereka sanggup tinggalkan keluarga, harta demi ikut baginda berhijrah ke Madinah. Tiada satu pun yang menghalang mereka untuk tidak ikut berhijrah.
Tapi sekarang, zaman seakan berubah, seakan dah macam zaman jahiliyah semula. Kalau ada orang tu "Baik in terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik pada dia. Jika pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju. Pakai baju jubah di anggap tidak pandai bergaya dan berfesyen 'basi'. Maksudnya sekarang, maksiat tu sangat berleluasa. Tak kisah la di ceruk mana pun.
Sehinggakan yang baik itu tampak jadi asing, yang dedah aurat, gaul bebas, zina dan arak jadi perkara biasa. Jadi, apa yang boleh tolong kita nak 'counter' maksiat ni, bukannya 'martial arts' yang berbunga-bunga tu yang penting untuk selamat kita dari bencana akhlak dan iman tu, tetapi hubungan kita dengan Allah dan juga iman kita.
Kalau kita hebat di gelanggang silat, tetapi iman kita macam biskut, tidak berguna. Lagipun Allah tidak pandang pun 'martial arts' kita itu, jadi tak perlulah nak bermegah-megah dengan 'martial arts' tersebut.
Saya tahu mesti awak kata, "susah la nak jaga iman! Iman ni kan senipis kulit bawang. Senang je nak terkoyak." Saya dah agak awak akan petik kata-kata itu. Tidak mengapa, kita semua tidak sempurna. Kita semua memang tidak boleh jadi sempurna, tetapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.
"Perfection is impossible but effort to be a better is possible."
Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang saya pun tersilap. Tapi jika kita sedar kita dah tersilap, teruslah cepat-cepat bertaubat. Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa. Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan dosa.

So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
Saya rasa setakat ini dahulu surat saya untuk awak. Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita ? :'(

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat

Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!


1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel &Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.

6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

Gambar Gadis Ini Cantik Jadi Seram Apabila Rotate 180 Dergee !

Anda Rasa Gadis Ini Cantik Ke?


Kalau nak tahu, ikut arahan di bawah ini :-
1. Save dulu gambar ini
2. Cuba rotate gambar ini 180 darjah.


Lepas itu komen kat bawah jadi apa.

 

Kenapa Couple Itu Haram ?






Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

WTF ! Buat Maksiat Kemudian Berdoa Di Facebook (GAMBAR)

Ish3... Apa kejadahnye nih? 

Contoh mcm jiran korang cakap nak duit raya kne pakai baju melayu.. tapi ko dtg rumah dia pakai spenda.. nak ke jiran ko bg apa yg ko mintak? lu pk la sendiri... 


OMG ! "Aku rasa nak bunuh mak aku" (GAMBAR)

Btol ker ni? atau edit... atau kawan nak troll.??? Ntahlah... lu pk la sendiri.. 

Loveyou AnisSharel

Hai .
Assalammualaikum .
hmm ~ kita sayang budak niy :) ini adek angkat kita :) harap dia tak macam orang lain and kita setia dengan dia seorang :* btw AnisSharel :)










Saya Sayang Awak

Assalammualaikum .

Awak,
tengokla saya kat sini,
awak lukai hati dan perasaan ini
Tapi entah mengapa
saya dapat memberikan maaf kepada awak

Awak,
tengokla saya kat sini
tetap bertahan walaupun awak telah menyakiti saya
Hingga air mata saya
Tak dapat menitis dan telah habis terurai

Mungkin karena cinta
Kepada awak tulus dari dasar hati saya
Mungkin kerana saya
Berharap awak dapat mengerti cinta saya

Meski awak akan terus sakiti saya
Cinta ini akan selalu memaafkan awak
Dan saya percaya awak akan
Mengerti bila cinta saya tak akan mati untuk awak

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham

Hai
Assalammualaikum
Peace Yoo (Y)
;)


Oh yey . Nak share lagi pasal lelaki . hope tak de yang muak nak baca . haha . heh . heh . anda perempuan , mesti ada yang tak berapa nak faham dengan perangai lelaki kan ? Maybe . Mostly la . Tapi actually , perempuan lebih banyak faham lelaki . Lelaki susah nak faham perempuan sebenarnya . Perempuan memang banyak kerenah and kadang tu mesti lelaki pun ada yang naik menyampah dengan perempuan2 ni kan ? huahua . 
Apa-apa pun wahai kaum Hawa , jom kita baca entry mengenai 10 situasi lelaki yang korang harus faham . yea .. Harus faham .. untuk mengelakkan terputusnya hubungan di tengah jalan . haha . Jom baca :
 
1. Bila si dia sibuk...
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik
...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran
...
Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
...
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.
..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat  ...


Setuju tak apa yang diperkatakn di atas ni ? Kalau setuju , cer komen and like sebijik :)

❤ naniy firdaus ♕