Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku
menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan
yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak
menjamin kecantikan yang ada di dalaman.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara
yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku
agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar
diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari
peribadi.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang
dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan
kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu
melihat kejernihan disebalik kekotoran.
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala
keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya
aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat,
yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati
dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan
di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.
Jiwaku mengatakan
padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak
memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku
bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku
tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan
Jiwaku
menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar
tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap
sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.
Jiwaku
menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa
bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah
cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan
kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku
manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan
sekalian alam.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala
apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di
poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang
menguntungkan diriku di sana kelak.
Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan
cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna
dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun
kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !
Jiwaku mahu
sahabat – sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang
alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang
boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai
permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasayang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.
Jiwaku
menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi
hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba
kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.
Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat – sahabatku.
Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment