Sebelum ni, pernah juga terasa dengan facebook ni sebenarnya rasa beban yang sangat lebih-lebih lagi bila terlalu fokuskan waktu hanya untuk facebook. Kalau buat pengiraan balik, rasanya boleh cecah 4jam sehari buka facebook.
Lain pula yang online guna phone, asyik-asyik dapat notification, alhamdulillah aku tak langgan internet mobile tu. Tapi apa-apa pun, sebenarnya jangan salahkan facebook, kerana facebook di cipta untuk kemudahan semua orang untuk berhubung dengan seluruh makhluk di muka bumi. (tak tahu la kot makhluk asing main juga facebook)
Antara langkah yang aku buat,
1. Deactivate Account.
Ya, perkara pertama inilah yang perlu kita buat, tetapi dalam deactivate akaun pun, kena buat pilihan sebab kenapa kita nak deactivate. Aku sarankan pilih bahagian yang tertulis "I spend too much time using Facebook.".Bahagian ini yang dimaksudkan |
2. Deactivate akaun sebagai ganti butang "log out"
Selalu bila kita nak log out, kita terus log out la kan? So kali ini, cuba cara yang berbeza, bila kita nak log out, cari button "deactivate account". Dan bila dah tekan, gunakan kembali cara yang nombor satu. InsyaAllah, pengulangan perbuatan ini sedikit sebanyak akan membuatkan kita rasa lali dengan facebook.Sebab aku pernah buat benda ni, sebab tu aku kongsi. Tapi bila dah buat, terasa macam ketinggalan zaman pula tak online lama dekat facebook.
No comments:
Post a Comment